Sunday, April 12, 2009

biaRkaN huJaN tURuN!!


Hatiku menjadi sedih lagi
Aku memejamkan mata
Membiarkan segala yang terbuku pergi
Aku melihat jendela menjadi suram
Titis hujan jatuh ke bumi
Biarkan hujan turun
Biarkan
Hujan seakan mengerti tentang aku
Memberikan aku kesejukan dalam api yang membara
Aku ingin menjerit
Membuang segala keperitan
Kerana membuatkan aku menjadi sakit
Hujan jangan berhenti
Turun…turunlah lagi
Turunlah wahai hujan
Biarkan lebat seperti airmataku
Aku mahu menjerit
Tanpa didengari orang lain
Hujan turun lah lagi
Jangan berhenti
Aku mahu menangis!!!!

No comments:

Post a Comment